Mega Convoy DOC Teluk Batik 2010 ..Tempat : Impian Chalet, Teluk Batik
Date : 29-31 Jan 2010
Bujang : RM160
Family : RM370 (chalet - already full-booked)
Harga termasuk makanan + souvenir + tempat tinggal
Tentatif Program ..
Hari Pertama
7.00am Berkumpul,pendaftaran. Pembahagian nombor, sarapan, isi minyak full tank.
8.00am Briefing (wajib bagi semua peserta)
8.30am Gentlemen start your engine. teluk batik here I come!!! Dimulakan dengan Bismillah
9.45am Hentian ladang bekam. Buang air kecik. Tukar pampers anak.
10.00am Exit tol bidor. (dinasihatkan pakai touch n go atau smartag)
11.30am Sampai Teluk Intan (Hentian) Makan Tengahari
12.00pm Bertolak ke Lumut
1.00pm Sampai Bandar Lumut - Check In & solat jumaat (kalu lambat kita berhenti je kat Masjid terdekat baru gi check in)
3.00pm Pembahagian Cenderamata, Suai kenal & Pembahagian Kumpulan
4.00pm Free & Easy (Jalan-Jalan, Aktiviti Pantai, Go Kart, Pangkor, Belek keta, car boot sale) Pilih la nak buat apa pon.
8.00pm Makan Malam, Aktiviti Kumpulan & Kareoke.
Hari Kedua
8.00am Sarapan
9.30am Sukaneka - Jangan terlepas nie..... banyak peristiwa akan jadi kenangan.
11.30am Free & Easy, Aktiviti Pantai, Aktiviti untuk kanak-kanak
12.30pm Makan Tengahari
2.00pm Treasure Hunt
4.30pm Keluar ambik gambar beramai-ramai (pakai baju konvoi)
8.00pm Makan Malam BBQ, Aktiviti Kumpulan, Penyampaian Hadiah, Kareoke.
Hari Ketiga
8.00 am Sarapan
9.00 am Free & Easy, Periksa kenderaan.
12.00pm Check Out, Bertolak Pulang
Penting Sila Baca ..1. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik, semua lampu berfungsi, brek berfungsi dengan baik, enjin diservis & tayar dalam keadaan baik (berbunga, tekanan mencukupi dan tayar spare diperiksa), wiper berfungsi.
2. Jika anda ragu-ragu keadaan kereta anda, adalah lebih baik menumpang kenderaan lain kerana keselamatan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah.
3. Pastikan minyak petrol telah diisi secukupnya & kad touch n go anda telah ditop up secukupnya.
4. Datang ditempat berkumpul awal atau pada waktu yg ditetapkan pada program di atas. Kelewatan anda akan menyulitkan seluruh konvoi. Hormati masa orang lain.
5. Dengar & fahami taklimat yang diberikan sebelum bermulanya konvoi. Tak paham tanya..... jangan buat-buat paham.
6. Ikut peraturan konvoi seperti yang ditetapkan oleh Marshall.
7. ika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi atas sebab-sebab tertentu...dapat lah sekiranya memberitahu kereta Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti anda.
Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
*
Kereta Lead*
Kereta Marshall*
Kereta Sweeper*
Kereta PesertaKereta Lead1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.
Kereta Sweeper1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
Kereta Marshall1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.
Kereta Peserta1. Mematuhi undang-undang & tatacara berkonvoi
2. Menggunakan lampu isyarat dan melihat cermin sisi untuk mengubah haluan/lorong
3. Menjarakkan diri dengan kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta terkeluar & terputus dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.
6. Menumpukan perhatian pada perjalanan
Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi atas sebab-sebab tertentu...dapat lah sekiranya memberitahu kereta Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti anda.
2. Menyalakan Lampu
Semasa waktu siang marshall, lead & sweeper akan nyalakan lampu hadapan dan lampu fog mereka. Anda hanya dibenarkan menyalakan lampu semasa waktu malam, keadaan gelap atau hujan. Jangan nyalakan lampu hazard ketika hujan... lampu hazard hanya untuk kenderaan yg berhenti sahaja.
3. Jangan Mengekori Terlalu Dekat (tailgating)
Ketika konvoi bergerak, jangan mengikut kereta di hadapan anda terlalu dekat. Ini amat merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat. Bergurau dengan cara tailgating adalah dilarang keras.
4. Membenarkan Kenderaan Lain Mencelah
Peserta di dalam konvoi hendaklah membenarkan kenderaan lain mencelah atau memasuki susunan konvoi. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan kenderaan lain memotong, mencelah atau melepasi konvoi.
5. Kereta Lead Sentiasa Bertanggungjawab Memastikan Kelajuan.
Kereta lead akan menetapkan kelajuan berkonvoi. Jika kereta lead memandu perlahan atau laju... ini adalah disebabkan perkara-perkara yg telah diputuskan oleh marshall, walaubagaimanapun, kelajuan maksimum akan ditetapkan adalah tidak melebihi 120kmh. Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta tersebut terlalu jauh (perlahan kan juga kenderaan anda). Jika anda telah teputus dari barisan, tingkatkan kelajuan kenderaan ada dengan selamat & sambung barisan.
6. Berlaku Kecemasan Atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, berikan isyarat dan berhenti di bahu jalan/lorong kecemasan dan nyalakan lampu hazard... pastikan kawasan tempat anda berhenti itu selamat dan tidak mengganggu lalu lintas.... tiada sesiapa peserta konvoi dibenarkan berhenti melainkan kereta marshall sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dengan selesa & selamat.
7. Sentiasa Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Adalah amat penting untuk peserta berada dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.
8. Keluar / Masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar, selepas tol sentiasalah memperlahankan kenderaan anda. Untuk Konvoi ke Teluk Batik, KONVOI TIDAK AKAN BERHENTI selepas tol, belok kanan pada lampu isyarat pertama. Teruskan perjalanan mengikut arah Sitiawan-Manjung-Lumut. Berhenti dibelakang barisan setelah anda melihat konvoi menunggu peserta lain. Tempat menunggu akan diumumkan ketika taklimat akhir nanti. Setelah sampai di tempat menunggu, tunggu sehingga semua berada di susunan semula (sweeper akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal, masuk perlahan lahan ke kanan untuk meneruskan perjalanan.
9. Memotong & mengubah lorong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Seeloknya peserta di dalam konvoi tidak perlu untuk memotong sesama sendiri demi mengekalkan susunan kereta. Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan kebosanan, hanya ketika di lebuh raya, pihak marshall akan membuat rotation atau giliran yang membolehkan anda mengubah susunan kenderaan dalam barisan. Pastikan anda melihat cermin sisi & belakang serta berikan lampu isyarat sebelum mengubah lorong. Biarkan kenderaan lain mencelah jika ada. Taklimat akan diberikan berkenaan rotation sebelum konvoi bermula.
Pandu dengan berhemah... semoga perjalanan anda selamat..
courtesy by [You must be registered and logged in to see this link.]